salam . lama sudah tak meluahkan di blog ni . haha . emm , hidup aku macam biasa , bosan selalu . hanya menghayati cinta orang dan melihat cinta orang . ada jugak menghayati watak seseorang . haha . aku tak tahu kenapa otak aku macam nie . suka tengok watak orang . Maybe sebab tu aku mahu mendalami seni layar . haha .
aku tak tahu kenapa aku masih bertahan hidup berseorangan , haa , kadang kadang aku ingin kenal gadis ni dan tu , tapi tak tahu dia nak tak dekat aku . itu persoalan aku bila aku ada perasaan ingin kenal . haha . tapi bila tengok pasangan yang gadis cantik tapi lelaki tak , aku rasa aku macam boleh . tapi disebabkan perasaan yang tak mahu memalukan diri sendiri , aku malas dan hanya menunggu dan menanti saja siapa yang datang ke dunia aku . Aku bukan memilih atau apa , kalau memilih pun , aku tak suka gedik , itu saja . haha , sebenarnya aku rindu zaman bercinta , rasa cemburu pulak melihat rakan rakan aku bercinta . haha . sibuk memikirkan hadiah hari jadi , sms siang malam , berborak didalam fon , dan saling menghantar gambar muka sendiri . haha =D . aku harap aku dapat gadis yang aku mahu dan sama jiwa dengan aku .
emm . Ayah dan mak aku dah bagi lampu hijau untuk aku berhenti uitm , so sem ni akan menjadi last sem aku di uitm penang . insyallah . ramai kawan kawan aku tertanya kenapa aku ambil jugak exam sedang kan aku nak blah nex sem . aku ambil sebab sekadar backup aku kalau aku tak dapat kos yang aku minat . so itu lah jawapannya .
aku suka bukak blog kopitiamkurangmanis.blogspot , sebab situ tempat updated filem filem pelajar uitm . Dan kalau aku tak jumpa blog tu , aku tak tahu yang selama nie student uitm ada buat filem . Bila aku meneliti filem mereka , aku rasa kagum lah jugak dengan budget yang diberi , sangat sikit , tapi mereka bijak menggunakannya . aku tak tahu bila lah pengarah filem kat malaysia ni nak sedar maksud seni dan hayati watak . waah . kalau aku respect pun afdlin shauki , arwah yasmin hamid . tak banyak yang aku suka tentang pengarah pengarah filem kat malaysia nie , sebab bagi aku sume watak yang mereka buat tak hidup . aku sakit hati dan rasa macam memalukan malaysia . cerita drama melayu semua tu , bagi aku jalan cerita dah menarik , tapi watak tu tak da . then macam biasa lah , pelakon mesti nak sama je , macam kat malaysia ni ada 100 orang saja yang ada . waah , aku rasa aku dah tahap melampau aku kutuk nie . tak baik jugak sebenarnya nak mengata tentang orang . salam =D
Saturday, October 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment